Kehangatan Syawal masih dirasakan rakyat Malaysia terutama umat Islam.
Budaya saling kunjungi mengunjungi sempena Aidilfitri diteruskan lagi dengan penganjuran rumah terbuka di sana sini.
Orang ramai tanpa mengira kaum dan agama juga mengambil kesempatan cuti panjang tiga hari sempena Hari Wesak untuk pulang ke kampung halaman dan bercuti sambil meraikan hari raya.
Keadaan ini menyebabkan kebanyakan jalan raya danl lebuh raya sesak dengan kenderaan.