Abdul Khalid Ibrahim ditolak masuk ke bilik pembedahan. FB Faekah binti Husin

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selamat menjalani pembedahan injap jantung.

Menurut pegawainya, Faekah Husin, keadaan Abdul Khalid dilaporkan stabil namun beliau masih dalam pemantauan rapi doktor untuk tempoh kritikal 48 jam pasca pembedahan.

“Terima kasih diucapkan kepada teman-teman seluruh Malaysia yang mendoakan kesembuhan Tan Sri.

“Insya Allah dengan doa berterusan dari teman-teman semua akan memungkinkan Tan Sri bertahan dan seterusnya pulih seperti sediakala,” katanya yang berkongsi keadaan Abdul Khalid di Facebook.

Terdahulu, dalam postingnya semalam, Faekah berkata, pembedahan itu bagi membuang kuman yang berada diinjap jangung.

Abdul Khalid dilaporkan memasuki bilik pembedahan di sebuah hospital yang tidak dinyatakan pada jam 8 pagi semalam.

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast