wheat flour India export ban KPDNHEP
Bekalan tepung gandum negara tidak terkesan meskipun selepas India melarang eksport keperluan asas tersebut.-Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Bekalan tepung gandum negara tidak terkesan meskipun selepas India melarang eksport keperluan asas tersebut.

Ini kerana Malaysia mengimport 80 peratus biji gandum dari Australia dan selebihnya dari Amerika Syarikat, Kanada dan Ukraine, kata Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menerusi kenyataan hari ini.

“Justeru, larangan India mengeksport gandum susulan gelombang haba akibat cuaca panas terik tidak menjejaskan bekalan tepung gandum negara,” katanya.

Tambah KPDNHEP lagi, seramai 2,200 penguat kuasa kementerian itu akan sentiasa membuat pemantauan bagi memastikan bekalan tepung bersubsidi dan tidak bersubsidi stabil di pasaran. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

India pula haram eksport gandum