Covid-19 antiviral Paxlovid Minister of Health, Khairy Jamaluddin Abu Bakar accompanies Prime Minister Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob to the Ministry of Health (MOH) Hari Raya Aidilfitri Celebration at the Putrajaya International Convention Centre (PICC). PIX: HAZROL ZAINAL / MalaysiaGazette / 17 MAY 2022
Minister of Health, Khairy Jamaluddin Abu Bakar accompanies Prime Minister Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob to the Ministry of Health (MOH) Hari Raya Aidilfitri Celebration at the Putrajaya International Convention Centre (PICC). PIX: HAZROL ZAINAL / MalaysiaGazette / 17 MAY 2022. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob diiringi Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin melambai tangan kearah tetamu yang hadir pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya. Foto HAZROL ZAINAL, 17 MEI 2022.

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) bersetuju supaya ubat ubat antiviral Paxlovid turut diagihkan ke klinik swasta dan hospital pengajar.

Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata, agihan tersebut perlu diperluaskan agar pesakit Covid-19 dapat menerima ubat berkenaan lebih cepat.

“Saya minta kita tingkatkan lagi sebelum ini penggunaan ubat ini terhad sebab kita hanya bagi kepada mereka yang berisiko tinggi cuma sekarang kumpulan itu dibesarkan.

“Kita banyak bagi kepada klinik-klinik kesihatan bukan hospital sahaja sebab ubat ini perlu diberi lima hari dalam tempoh jangkitan, kena beri cepat. Kita juga setuju agihkan ubat ini kepada klinik swasta dan hospital mengajar supaya tempat-tempat yang boleh digunakan ubat ini dapat diperluaskan,” katanya ketika ditemui di Majlis Sambutan Aidilfitri bersama KKM di sini hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut hadir ke majlis berkenaan.

Menurut Khairy, sehingga semalam, sebanyak 405 ubat Paxlovid telah diagihkan kepada pesakit Covid-19.

Mengulas lanjut, Menteri Kesihatan itu berkata, peningkatan kes positif harian seperti yang sedang berlaku telah dijangkakan sebelum ini.

Namun ujar Khairy, keadaan jangkitan keseluruhan dalam negara tidak serius jika diambil kira jumlah kemasukan ke hospital, Unit Rawatan Rapi (ICU) dan bilangan kematian akibat virus berkenaan.

“Secara keseluruhan hari ini RT sudah turun balik kelada 1.04 . Kadar kematian pada setiap hari satu angka. Walaupun kemasukan ke hospital ada meningkat sedikit tetapi 55 peratus adalah kategori 1 dan 2,” katanya.

Tambahnya, masyarakat perlu menerima hakikat kes positif Covid-19 boleh meningkat dan menurun dalam negara menuju ke fasa peralihan endemik.

“Kita kena terima hakikat akan berlaku gelombang jangkitan dari semasa ke semasa. Bilangan jangkitan akan naik sekejap turun balik, pasang surut

“Cuma bagi KKM kami melihat kepada keseriusan kes. Kalau kes banyak tapi keseriusan rendah maksudnya tidak ramai masuk hospital, masuk ICU (Unit Rawatan Rapi) dan meninggal dunia maknanya kita boleh hidup dengan virus ini. Dan itulah keadaan sekarang,” jelas Khairy. -MalaysiaGazette