KUALA LUMPUR – Individu yang tidak lengkap vaksinasi COVID-19 dibenarkan menghadiri majlis akad nikah di Selangor, berkuatkuasa Isnin lalu.

Menurut info grafik Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang disiarkan dalam laman Facebooknya, majlis akad nikah boleh dilakukan di pusat JAIS, Pejabat Agama Islam Daerah (PAID), rumah ibadat seperti masjid, surau, rumah atau dewan.

Tambahnya, individu yang masih tidak lengkap vaksinasi kini boleh turut hadir dalam majlis itu dengan syarat tidak positif Covid-19 dan tidak berada di dalam tempoh Arahan Perintah Pengawasan dan Pemantauan (HSO).

Selain itu, bukan warganegara yang baru tiba di Malaysia tanpa vaksinasi lengkap juga turut dibenarkan menghadiri majlis akad nikah.

Sementara itu, itu, JAIS mengingatkan orang ramai supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM) bagi mengelak penularan wabak Covid-19. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast