Orang ramai membeli-belah di pasar raya di London, Britain. foto REUTERS/Kevin Coombs

LONDON – Kadar inflasi Britain melonjak bulan lalu ke kadar tahunan tertinggi sejak 1982.

Ia meningkatkan tekanan kepada menteri kewangannya, Rishi Sunak untuk meningkatkan pemberian bantuan bagi isi rumah yang menghadapi krisis kos sara hidup yang semakin teruk.

Menurut Pejabat Perangkaan Kebangsaan, inflasi harga pengguna mencecah sembilan peratus pada April bahkan melepasi kemuncak kemelesetan awal 1990-an.

Daripada tinjauan ahli ekonomi Reuters melaporkan bacaan inflasi telah menunjukkan sebanyak 9.1 peratus serta sterling jatuh selepas data berkenaan dan turun sebanyak 0.4 peratus berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).

Bil tenaga yang melambung tinggi merupakan pemacu terbesar pertumbuhan harga pada bulan April juga mencerminkan kenaikan tarif tenaga terkawal bulan lepas.

Namun menurut Sunak, negara-negara di seluruh dunia sedang dilanda inflasi yang tinggi.

“Kami tidak dapat melindungi orang ramai sepenuhnya daripada cabaran global ini tetapi menyediakan sokongan penting di mana kami boleh, dan bersedia untuk mengambil tindakan selanjutnya,” katanya.

Dalam masa sama, pejuang Anti-Kemiskinan di negara itu menggesa beliau bertindak sekarang bermula dengan peningkatan segera dalam nilai faedah kebajikan untuk menandingi kadar inflasi.

“Memandangkan harga barang keperluan seperti makanan dan tenaga terus melambung tinggi, ketidaktindakan Canselor akan memburukkan lagi keadaan yang sudah terdesak bagi ramai orang,” kata Rebecca McDonald, ahli ekonomi kanan di Yayasan Joseph Rowntree yang berkempen untuk isi rumah berpendapatan rendah.

Satu kaji selidik yang diterbitkan pada Selasa menunjukkan dua daripada tiga orang di Britain menutup alat pemanas suhu, hampir separuh kurangkan memandu atau menukar pasar raya dan lebih satu perempat mengatakan mereka telah bercatu makanan.

Awal bulan ini Bank of England (BoE) meramalkan inflasi akan mencecah 10 peratus lewat tahun ini dan pelabur menjangkakan BoE akan menambah empat kenaikan kadar faedah yang telah dilakukannya sejak Disember yang menjadikan Kadar Banknya kepada satu peratus – tertinggi sejak 2009.

Terdapat tanda-tanda tekanan inflasi apabila pengilang mengalami kenaikan terbesar bersama dalam rekod harga yang mereka bayar untuk input mereka yang meningkat sebanyak 18.6 peratus tahunan menyamai paras tertinggi Mac.

Kilang menaikkan harga mereka sebanyak 14.0 peratus dalam tempoh 12 bulan hingga April, lonjakan terbesar sejak Julai 2008. – Reuters

(https://www.reuters.com/markets/uk-inflation-hits-9-highest-since-modern-records-started-2022-05-18/)