Abdul Somad

KUALA LUMPUR – Singapura menjadi negara keenam menghalang kemasukan pendakwah bebas polular Indonesia, Ustaz Abdul Somad Batubara.

Wilayah luar pertama yang menghalang kemasukan Abdul Somad adalah Hong Kong dan kejadian berlaku pada Disember 2017.

Abdul Somad tidak diberitahu sebab dan alasan tidak dibenarkan masuk ke wilayah milik negara China itu.

Beliau mahu memasuki Hong Kong kerana hendak menyampaikan dakwah terhadap tenaga kerja Indonesia yang berada di sana.

“Di sana saya menduga mereka terhasut dengan isu terorisme,” ujar Abdul Somad dalam kenyataan di Facebook peribadinya.

Pada 2018, Abdul Somad menuju ke Timor Leste juga dengan niat untuk melakukan dakwah di bekas wilayah Indonesia itu namun apabila tiba di lapangan terbang, petugas imigresen telah menghalangnya kerana dikaitkan dengan kegiatan pengganas.

Menurut Abdul Samad, pihak berkuasa Timor Leste melarangnya setelah mendapat surat dari Jakarta sejam setelah dia mendarat di Lapangan Terbang Timor Leste.

“Pihak imigresen dapat faks dari Jakarta bahawa bapak pengganas. Tapi itu dulu sebelum pilihan raya 2018.

“Ya maklumlah mungkin kedatangan saya ke sana mempengaruhi pilihan raya. Waktu itu kan ada dua calon, satu Pak Prabowo satu lagi incumbent, saya dikhuatiri condong, itukan dulu 2018, sekarang 2022,” ujar Abdul Samad UAS di akaun YouTube Hai Guys Official.

Pada tahun 2019 beliau pergi ke Switzerland kerana mahu masuk ke Belanda melalui negara itu.

Bagaimanapun pihak imigresen Switzerland tidak membenarkan pendakwah bebas itu untuk menjejakkan kaki ke negara berkenaan.

Menurut petugas berkenaan, pasport Abdul Somad tidak ‘memilik akses’ untuk berada di negara Eropah.

Beliau kemudian dihantar pulang dengan menaiki penerbangan ke Thailand.

Pada tahun yang sama Abdul Somad menaiki penerbangan ke Jerman pada Oktober 2019.

Nasib yang sama menimpanya apabila pihak imigresen Jerman menghalang Abdul Somad memasuki negara berkenaan atas alasan pendakwah tersebut mempunyai masalah dengan ‘dokumen’.

Pada tahun 2020, Ustaz Abdul Somad tidak dapat memasuki United Kingdom kerana masalah ‘dokumen’ dan dia juga tak diizinkan menaiki pesawat Royal Brunei.

“Satu jam setelah check-in, ternyata mereka langsung ter connect jaringan internasional, pesawat Royal Brunei tidak mengizinkan berangkat kerana visa saya dibatalkan. Padahal, visa itu sudah ada,” katanya.

Terbaharu, dia bersama keluarganya tidak dibenarkan masuk ke Singapura pada Isnin lalu.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) Singapura ajaran yang dibawa oleh Abdul Samad disifatkan sebagai pelampau.

“Sebagai contoh, beliau berdakwah bahawa serangan nekad dibenarkan dalam konteks krisis Israel-Palestin dan dianggap sebagai operasi mati syahid.

“Beliau juga pernah membuat kenyataan yang memburuk-burukkan anggota masyarakat agama lain seperti orang Kristian, dengan menyifatkan salib sebagai tempat tinggal jin kafir,” menurut MHA.

“Selain itu, Abdul Somad juga pernah menyebut anggota masyarakat bukan Islam sebagai kafir, tambah MHA seperti yang dilaporkan oleh portal Berita Mediacorp Singapura.-Agensi

ARTIKEL BERKAITAN:

Abdul Somad dilarang masuk Singapura kerana didakwa pelampau

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast