Ismail Sabri Yaakob menerima kunjungan Dr Vivian di pejabatnya di Putrajaya.

KUALA LUMPUR – Isu berkaitan perjanjian Air Sungai Johor 1962 menjadi antara perkara yang dibincangkan dalam pertemuan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Luar Singapura Dr Vivian Balakrishnan semalam.

Perdana Menteri dalam kenyataan di laman Facebook memaklumkan beliau menerima kunjungan Dr Vivian di pejabatnya di Putrajaya.

“Banyak perkara dibincangkan antaranya berkaitan sesi pemukiman pemimpin-pemimpin Malaysia dan Singapura ke-10, hubungan dua hala, pelaburan, pelancongan, rentas sempadan, dan perjanjian Air Sungai Johor 1962.

“Kami juga membincangkan mengenai projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura, dan projek Sistem Transit Pantas (RTS) aliran Johor Bahru-Singapura selain isu maritim dan ruang udara Malaysia dan Singapura,” katanya.

Beliau turut berharap hubungan dua hala Malaysia dan Singapura terus kukuh demi kemajuan bersama. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast