KUALA LUMPUR – Federasi Bola Sepak ASEAN (AFF) mengumumkan nama baharu untuk kejohanan Piala AFF dengan syarikat pembuatan peralatan elektrik dan elektronik  terkemuka global dari Jepun, Mitsubishi Electric sebagai penaja utama kejohanan tersebut.

Saingan Piala AFF 2022 akan berlangsung pada Disember ini iaitu edisi yang ke 14 itu akan dikenali sebagai Piala AFF Mitsubishi Electric 2022.

Menggunakan slogan, “Together, we can build better” (Bersama-sama kita membina dengan lebih baik), tajaan Piala AFF Mitsubishi Electric adalah lanjutan daripada aspirasi Mitsubishi Electric untuk mengeratkan hubungan antara pemain, peminat dan semua pihak berkepentingan mereka bagi memupuk semangat perpaduan.

Di samping itu, sebagai pengeluar peralatan elektrik yang pelbagai, Mitsubishi Electric Group mensasar untuk mengembangkan perniagaannya di rantau Asia Tenggara yang berkembang pesat serta menyumbang kepada pembangunan selanjutnya di rantau ini dengan menyediakan pelbagai produk, perkhidmatan dan teknologinya.

Sebagai penaja utama, Mitsubishi Electric akan mempunyai hak untuk menamakan acara dan menggunakan tanda acara kejohanan dan status rasmi di seluruh platform pemasaran dan cagarannya.

Mitsubishi Electric juga akan mendapat manfaat daripada pendedahan jenama yang ketara di seluruh rantau – melalui dipaparkan pada cagaran rasmi kejohanan, saluran digital acara, iklan TV dalam stadium, papan pengiklanan perimeter dan penempatan produk di setiap stadium tempat perlawanan diadakan.

Selain itu, Mitsubishi Electric juga berhak untuk menjadi rakan kongsi penyampai Anugerah Pemain Paling Bernilai kejohanan serta menjalankan pelbagai pengaktifan digital dan di tapak seperti Program Pengiring Pemain dan Jelajah Trofi.

Lebih menarik, format lama yang mempunyai perlawanan timbal balik (Home & Away) seperti edisi tahun lalu dijangka akan kembali semula pada tahun ini

Ia bermakna perlawanan separuh akhir hingga final akan berlangsung di gelanggang sendiri. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast