Muhammad Sanusi (kiri_ dan Tunku Ismail.

KUALA LUMPUR – Terus panas!

Itu senario konflik antara pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim terhadap Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Menerusi hantarannya di Instagram Story miliknya, Tunku Ismail atau TMJ kembali melontarkan kritikan apabila menegaskan pasukan hebat seperti Kedah Darul Aman tidak perlu individu seperti Sanusi kerana Menteri Besar Kedah itu tidak mempunyai sebarang sumbangan terhadap bola sepak tanah air.

“Sampai dua lagenda pasukan sendiri pun angkat kaki tak tahan dengan perangai halusinasi. Pasukan hebat seperti Kedah tak perlukan orang macam ini.

“Satu sumbangan terhadap bola sepak tanah air pun tiada. Tapi dia punya sembang,” tulis TMJ.

Sebelum ini, Tunku Ismail meminta Sanusi untuk memberikan nama ekoran kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Besar Kedah itu sebelum ini.

“Dia order sana, order sini, suruh buat ini, suruh buat itu, kawan (ada pihak) nak pergi latihan sana, kena tanya dia dulu, lepas itu dia round pusing pasukan lain, beri bonus kalau menang dengan Kedah, saya tahu semua itu, dia ingat orang tak tahu, jangan bagi saya cerita semua.

“Dia cakap pasal siapa? Sebut nama. Ceritakan segala-galanya. Ini cakap main sembur badut McDonald pun boleh. Cerita semua, keluarkan bukti dan fakta. Setiap kali tenggelam terus buat cerita sensasi nak naikkan rating. Typical politician,” kata Tunku Ismail.

Sebelum ini, Sanusi mengeluarkan kenyataan,  beliau tidak mahu sebarang “tokong” dalam saingan liga bola sepak tanah air kerana bola sepak adalah untuk semua pihak.

“Bola sepak ini bukan untuk individu dan tak boleh ada ‘tokong’ dalam sukan ini sampai semua nak pergi sembah dia dulu. Jangan ada tokong dalam bola sepak sebab bola sepak ini sukan untuk semua orang.

“Sebelum perlawanan, bawa banner besar tertulis fair play tetapi ada “tokong”. Semua nak kena tanya dia dulu, ‘mampuih’ lagu (macam) tu, nak main macam mana,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast