KUALA LUMPUR – Harga runcit petrol RON97 naik lagi sebanyak 37 sen seliter kepada RM4.70 seliter bagi tempoh 26 Mei hingga 1 Jun 2022

Namun kerajaan masih mengekalkan harga runcit petrol RON95 dan diesel masing-masing pada paras RM2.05 dan RM2.15 seliter bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar sungguhpun harga pasaran bagi kedua-dua produk meningkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan.

“Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast