KUALA LUMPUR – Pelakon Anzalna Nasir mendedahkan jantina dan mengumumkan nama anak keduanya selepas selamat bersalin dua minggu yang lalu.

Menerusi instagram miliknya, anak keduanya dinamakan Mohamad Emirhan Mohamad Hanif yang bermaksud ‘Princely Ruler‘.

Jelasnya, perkongsian dan pengumuman melebihi tujuh hari itu dibuat mengikuti sunnah Nabi SAW?.

“Alhamdulillah, semoga membesar menjadi anak yang soleh, berbudi pekerti mulia, pintar, serta berjaya dunia dan akhirat. Amin,” tulisnya.

Dalam pada itu, menerusi ruangan komen pula menyaksikan ramai rakan-rakan artis dan peminat mengucapkan tahniah atas kelahiran cahaya mata keduanya.

Anzalna dan suaminya Hanif Zaki mendirikan rumah tangga pada Februari 2016 dan dikurniakan seorang seorang cahaya mata sulung, Mohamad Eidrees yang kini hampir memasuki usia tiga tahun. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast