petugas kesihatan
Seorang petugas kesihatan melakukan ujian saringan Covid-19 - Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kes jangkitan Covid-19 bertambah sebanyak 1,877 kes semalam termasuk enam kes import.

Pertambahan itu menjadikan kes tempatan terus meningkat kepada 4,473,045.

Manakala empat kes kematian direkodkan dalam tempoh sama, menjadikan kes terkumpul sebanyak 35,680.

Data COVIDNOW menunjukkan 160 kes aktif setakat lewat malam tadi.

Jumlah kes yang dirawat di hospital sebanyak 945 dengan 29 ditempatkan di unit rawatan rapi dengan 17 kes memerlukan alat bantuan pernafasan. – MalaysiaGazette