KUALA LUMPUR – Penghapusan peperikasaan Pentaksiran Tahap Tiga (PT3) mampu mengurangkan pendekatan berorientasikan peperiksaan dalam sistem pendidikan negara.
Lantaran itu, penghapusan PT3 hendaklah satu pendekatan menyeluruh dalam sistem pendidikan negara dan bukannya satu pendekatan berperingkat-peringkat.
Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Datuk Seri Wilfred Madius Tangau berkata, pedagogi perlu diubah untuk memenuhi tuntutan pendekatan baharu.
Contohnya dalam bidang sains, penghayatan dan peningkatan minat terhadap sains lebih penting daripada pencapaian akademik.
Oleh itu pedagogi sains seperti Inquiry Based Science Education (IBSE) hendaklah menjadi sebahagian daripada sistem pendidikan negara yang baharu.
”IBSE sudah sekian lama Kita buat pilot study sejak saya Menteri MOSTI dahulu. Penilaian psikometrik juga perlu diperkenalkan sebagai penilaian kendiri pelajar untuk mengetahui kekuatan, kelemahan dan juga bakat mereka.
”Semuanya untuk meperbaiki diri dan seterusnya mengetahui hala tuju masa depan pengajian yang akan dibuat diperingkat universiti,” katanya.
Pendidikan TVET juga perlu dijadikan sebagi sebahagian daripada sistem pendidikan Jerman.
”Langkah kita memperjuangkan penubuhan Malaysian Board of Techonologist (MBOT) semasa saya Menteri MOSTI adalah untuk memberi pengiktrifan dan pemerkasaan TVET dinegara ini.
”Rakyat ingin melihat reformasi sistem pendidikan yang mampu memacu keperluan kelansungan hidup rakyat yang melangkaui tuntutan akedamik semata-mata.
”Biarlah reformasi itu menyeluruh dan bukannya berperingkat-peringkat,” tambahnya. – MalaysiaGazette