Sebahagian pendatang asing tanpa izin (PATI) yang ditahan anggota Jabatan Imigresen Malaysia dibawa menaiki trak dalam satu operasi penguatkuasaan Operasi Bersepadu di Kondominium Prima Ampang, Kuala Lumpur. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 03 JUN 2022.

KUALA LUMPUR – Majoriti pelarian Afghanistan di Malaysia enggan pulang ke negara asal mereka kerana bimbang dibunuh oleh puak Taliban.

Lebih-lebih lagi sekiranya mereka etnik Kazakh yang terancam sejak pemerintahan di negara mereka diambil alih oleh puak Taliban.

Salah seorang daripada mereka, Mahdi Nazari, 23, mendedahkan beliau berada di Malaysia kerana bimbang keselamatan dirinya sekiranya kembali ke negara asal.

Mahdi salah seorang warga Afghanistan yang diperiksa penguat kuasa Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) yang diperiksa dalam satu operasi malam tadi.

Sebahagian pendatang asing tanpa izin (PATI) yang berjaya ditahan anggota Jabatan Imigresen dalam satu operasi penguatkuasaan Operasi Bersepadu di Kondominium Prima Ampang, Kuala Lumpur. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 03 JUN 2022.

Meskipun hanya bekerja sambilan di negara ini namun Mahdi sanggup berbuat apa sahaja demi memastikan keluarganya tidak lapar dan dapat melunaskan sewa rumah di negara ini.

“Saya tidak mahu balik sebab kalau saya balik, saya mati (oleh Taliban). Saya kerja sambilan di sini buat banyak kerja juga seperti penghantar barang, kerja di restoran.

“Kami di sini memang tinggal sekeluarga,” katanya lagi.

Sementara itu, Pengarah Imigresen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Syamsul Badrin Mohshin berkata, pelarian Afghanistan sanggup tinggal beramai-ramai dengan menyewa kondominium kerana beranggapan ia lebih selamat.

Pengarah Imigresen Kuala Lumpur Syamsul Badrin Mohsin bercakap pada sidang media selepas selesai mengadakan satu operasi menahan pendatang tanpa izin (PATI) Operasi Bersepadu di Kondominium Prima Ampang, Kuala Lumpur. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 03 JUN 2022.

Menurutnya, mereka memilih tinggal di kondominium dengan kadar sewa RM1,100 hingga RM1,500 sebulan.

Hasil siasatan mendapati hampir semua pelarian Afghanistan yang tinggal di kondominium di Ampang telah berada di negara ini sejak tiga tahun yang lalu.

“Mereka pilih tinggal di kondominium pasal rasa selamat di sini. Mereka ini kebanyakan pelarian daripada Afghanistan, tidak mahu balik sebab kekacauan tu sebab itu pilih negara dan tinggal di tempat macam ini,” katanya.

Sebahagian pendatang asing tanpa izin (PATI) yang berjaya ditahan anggota Jabatan Imigresen dalam satu operasi penguatkuasaan Operasi Bersepadu di Kondominium Prima Ampang, Kuala Lumpur. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 03 JUN 2022.

Terdahulu, malam tadi, seramai 71 penguat kuasa JIM Wilayah Persekutuan (WP) Kuala Lumpur telah menyerbu sebuah kondominium yang terletak di Ampang.

Kesemua mereka didapati hanya melakukan kerja sambilan untuk menyara kehidupan bersama-sama keluarga.

“Kebanyakan mereka berkongsi serumah untuk diduduki dua hingga tiga keluarga. Sebab itu mereka mampu tinggal di sini (kondominium).

Sebahagian pendatang asing tanpa izin (PATI) yang berjaya ditahan anggota Jabatan Imigresen dalam satu operasi penguatkuasaan Operasi Bersepadu di Kondominium Prima Ampang, Kuala Lumpur. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 03 JUN 2022.

“Mereka buat banyak kerja, kerja di restoran, pembungkusan ada kilang tapi semua bukan kerja tetap. Nampak macam mewah tapi tinggal beramai-ramai berkongsi untuk bayar sewa rumah,” katanya lagi.

Hasil operasi bersepadu itu, seramai 205 pelarian Afghanistan diperiksa manakala 49 daripadanya ditahan dan ditempatkan di Depot Imigresen Bukit Jalil.

Jelas Syamsul, penahanan itu dibuat untuk pemeriksaan lanjut terhadap kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) yang dimiliki warga asing berkenaan.

Sebahagian pendatang asing tanpa izin (PATI) yang berjaya ditahan anggota Jabatan Imigresen dalam satu operasi penguatkuasaan Operasi Bersepadu di Kondominium Prima Ampang, Kuala Lumpur. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 03 JUN 2022.

Daripada yang diperiksa, 92 (lelaki), 74 (perempuan) dan 31 kanak-kanak dan turut diperiksa seorang lelaki warganegara Libya dan lima perempuan selain dua lelaki warga India.

Manakala yang ditahan adalah 27 lelaki, 17 wanita dan lima kanak-kanak dan kesemua mereka ini ada kad UNCHR tetapi ia perlu diperiksa sama ada tulen atau tidak terlebih dahulu.

Sebagai rekod, operasi bersepadu JIM WP KL pada Jumaat bermula pada 11 malam dan berakhir pada pukul 1 pagi tadi.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast