KUALA LUMPUR – Selebriti dan usahawan terkenal, Neelofa mendedahkan bakal berhijrah ke Tanah Arab.

Mendedahkan perkara itu, Noor Neelofa Mohd Noor 33 berkata, beliau akan berada di sana untuk tempoh sekurang-kurangnya dua tahun kerana suaminyam Haris Ismail ingin menyambung pelajaran di sana.

“Kami sekeluarga mempunyai impian untuk berhijrah ke tanah Arab sama ada Madinah atau Mesir untuk suami sambung belajar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika muncul dalam rancangan Nona, hari ini.

Dalam masa yang sama, Neelofa berkata beliau juga berhasrat untuk mendedahkan anak lelakinya Muhammad Bilal dengan kepada persekitaraan di Arab.

Beliau juga berkata ingin mengambil peluang untuk bahasa Arab.

“Satu lagi impian saya adalah untuk mendalami al-Quran. Walaupun suara saya tak sesedap mana ketika membaca al-Quran, tetapi saya sudah lama ingin mempelajarinya dan kalau boleh mahu turunkan ilmu itu supaya dapat dijadikan saham akhirat kelak,” tambahnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast