Sebahagian bekas perajurit bersorak semasa hadir ke program Reunion Bersama Bekas Perajurit Semalaysia ATM dan Isu-Isu Semasa Veteran ATM di Tugu Negara, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 06 JUN 2022.

KUALA LUMPUR – Polis selesai merakam keterangan daripada enam bekas anggota tentera yang dikenal pasti  menganjur Perhimpunan Aman Veteran ATM di Tugu Negara, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, polis akan memanggil beberapa individu yang menyertai perhimpunan tersebut.

“Mereka (yang diambil keterangan) datang ke IPD Dang Wangi malam tadi,” katanya kepada MalaysiaGazette ketika dihubungi. hari ini.

Dalam perhimpunan yang didakwa itu mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa, penganjur telah mengemukakan beberapa tuntutan antaranya mendesak kerajaan agar memberi perhatian serius dalam soal kebajikan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang didakwa gagal dipelihara selama ini.

Tambah beliau, pihaknya akan mengenal pasti dan menghubungi mereka diambil keterangan dalam masa terdekat.

Menurut Dellhan, kes disiasat di bawah Seksyen 9 (1) Akta Perhimpunan Aman 2012. – MalaysiaGazette