Foto Instagram Azri Iskandar.

KUALA LUMPUR – Pelakon, Azri Iskandar mengesahkan dirinya bakal mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat dengan seorang penulis skrip yang dikatakan turut memiliki doktor falsafah (PhD) dalam jurusan muzik.

Azri, 54, dia dan keluarganya bercadang untuk menghantar rombongan merisik dan meminang Azra Diera sebelum 23 Jun ini.

“Jika tiada aral melintang, kami akan bernikah dulu. Majlis perkahwinan akan diadakan kemudian dalam waktu terdekat,” katanya memetik laporan Malaysiakini hari ini.

Katanya, Azra, atau mesra disapa Ara belum pernah berkahwin sebelum ini.

Azri sebelum ini pernah berkahwin dengan pengarah, penulis skrip dan pelakon terkenal, Ellie Suriati Omar namun pasangan itu sah bercerai pada 17 Mei lalu.

Hasil perkongsian hidup selama 19 tahun, Azri dan Ellie dikurniakan dua anak, iaitu Azrell Omar, 18 dan Nur Azreen, 13.

Terdahulu, Ellie, 52, membuat permohonan perceraian pada 22 April lalu.

Menurut Azri yang juga pelakon Pontianak Harum Sundal Malam itu, majlis persandingan terpaksa ditangguh buat sementara waktu kerana dia terpaksa memenuhi jadual kerja yang padat ketika ini.

“Sekarang saya masih lagi menjalani penggambaran drama Kau Tak Punyai Hati arahan Azmi Hatta terbitan TV3 sampai 2 Ogos depan.

“Masa yang ada agak terhad untuk saya uruskan segala persiapan. Namun, doakan yang baik-baik untuk kami berdua. Saya akan umumkan tarikhnya nanti,” tuturnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast