Seorang wanita menjalani ujian saringan susulan peningkatan kes Covid-19 di Beijing. - Foto Getty Images

BEIJING – Sebanyak 166 jangkitan Covid-19 di China yang disifatkan sebagai ‘ganas’ dikaitkan di sebuah bar sini.

Semua penduduk yang tinggal di kawasan berhampiran bar itu perlu menjalani ujian saringan.

Meskipun bilangan jangkitan di bandar ini rendah mengikut piawaian antarabangsa tetapi tinggi bagi China, yang merupakan satu-satunya ekonomi utama dunia yang masih mengekalkan dasar “sifar Covid”.

Wabak itu dikesan ke tempat yang dipanggil ‘Bar Pasar Raya Syurga’, di kawasan hiburan terkenal Sanlitun di daerah Chaoyang.

Dua bangunan yang menempatkan ratusan orang di Chaoyang telah diletakkan di bawah sekatan ketat pada hari Ahad selepas kes positif dilaporkan, menurut seorang pekerja jawatankuasa kediaman kepada Reuters.

Beberapa individu di Beijing memberitahu, mereka telah menerima mesej yang mengarahkan supaya melapor pada pihak berkuasa jika melawat bar Sanlitun.

Pihak berkuasa China juga telah membatalkan kelonggaran beberapa peraturan Covid-19 di Beijing kerana wabak itu.

Malah, kebanyakan kanak-kanak di Beijing tidak kembali ke sekolah pada minggu ini seperti yang dirancangkan.

Beijing melaporkan sebanyak 1,997 kes Covid-19 tempatan sejak 22 April.

China mengekalkan polisi “sifar Covid” – yang mana individu yang dijangkiti Covid-19 perlu dikuarantin atau menerima rawatan di hospital. – Reuters