Gambar hiasan. foto Reuters

NEW YORK – Harga minyak turun dalam dagangan hari ini ekoran kebimbangan terhadap permintaan bahan api menjelang mesyuarat Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) yang dijangka menyaksikan bank pusat itu menaikkan kadar sekurang-kurangnya 75 mata asas untuk memerangi inflasi.

Niaga hadapan minyak mentah WTI turun AS$0.08 atau 0.1%, kepada AS$118.85 setong menjelang 0008 GMT manakala Brent susut AS$0.26 sen atau 0.2%, kepada AS$120.91 setong.

Inflasi yang meningkat telah menyebabkan pelabur dan peniaga minyak bersedia dengan langkah besar oleh Rizab Persekutan pada minggu ini – kemungkinan berlaku kenaikan kadar faedah AS terbesar dalam tempoh 28 tahun.

Dalam laporan bulanannya, Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) berpegang pada ramalannya bahawa permintaan minyak dunia akan melebihi paras pra-pandemi pada 2022, tetapi pencerobohan Rusia ke atas Ukrainedan perkembangan yang berkaitan dengan pandemik koronavirus menimbulkan risiko yang besar.

Kumpulan pengeluar minyak itu melihat pertumbuhan permintaan semakin perlahan tahun depan disebabkan lonjakan harga minyak membantu meningkatkan inflasi dan bertindak sebagai penghalang kepada ekonomi global. – Reuters