KUALA LUMPUR – Walaupun berdepan pelbagai cabaran akibat pandemik, industri runcit Malaysia telah membuktikan daya tahannya pada 2021, dengan 71 % perniagaan Malaysia merentasi sektor runcit, makanan dan minuman serta sektor hospitaliti meningkatkan pendapatan mereka sebanyak 20 %.
Menurut data baharu yang dikeluarkan oleh platform kewangan global pilihan syarikat terkemuka, Adyen, syarikat Malaysia yang mengatasi persaingan adalah mereka yang meraih faedah daripada pelaburan dalam transformasi digital – satu peluang yang kini bernilai RM334 bilIon.
Laporan Runcit 2022 Adyen Malaysia, yang ditaja oleh KPMG menemuramah lebih 40,000 pengguna di 26 pasaran, termasuk 1,000 dari Malaysia untuk memahami perasaan mereka mengenai keadaan runcit.
Ia turut meninjau 11,500 perniagaan di 23 negara, termasuk 500 dari Malaysia, untuk mengetahui tentang kebimbangan, aspirasi, strategi dan pelaburan mereka bagi 2022 dan seterusnya.
Satu penemuan penting daripada laporan itu adalah lebih 1 dalam 4 perniagaan menghubungkan sistem pembayaran ke bahagian lain dalam organisasi, seperti pengurusan inventori dan rantaian bekalan, untuk menambah baik operasi
dan memecahkan silo dalam proses bekalang tabir.
Disebabkan itu, 60% perniagaan kini berada dalam keadaan yang lebih baik melepasi 11% purata global dan tertinggi di Asia Pasific (Apac).
Secara khusunya, syarikat yang menghubungkan sistem pembayaran dengan bahagian lain dalam perniagaan mereka berkembang 18% lebih tinggi daripada yang tidak.
Anjakan itu memberikan pengguna Malaysia pengalaman sebenar terhadap teknologi apabila 80% pengguna percaya peruncit menggunakan teknologi dengan baik bagi memasarkan produk ketika pandemik.
Majoriti percaya bahawa peruncit harus mengguna pakai fleksibiliti merentas saluran yang sama digunakan ketika pandemik (77%) dan menggunakan teknologi untuk meningkatkan skim ganjaran/ kesetiaan (90%).
Kedua-dua angka ini adalah 16% di atas purata APAC.
Kegagalan mencapai jangkaan pengguna boleh menimbulkan masalah kerana 81% pengguna tidak akan berbelanja dengan perniagaan yang mempunyai pengalaman membeli-belah yang buruk, sama ada dalam talian atau di kedai, 11% melebihi purata global.
Perniagaan berhasrat untuk terus mengharungi gelombang digital, dengan 97% merancang untuk melabur dalam penambahbaikkan perniagaan pada tahun hadapan.
Pecutan transformasi digital akan menyumbang tambahan 5.6% kepada jumlah pertumbuhan sektor runcit Malaysia dalam tempoh lima tahun akan datang.
Perniagaan Malaysia berjaya membuktikan daya tahan dan kebolehsuaian mereka ketika masa pandemik dan masa depan mereka adalah cerah.
Kecenderungan pengguna Malaysia terhadap pengalaman membeli-belah yang didayakan teknologi dan lancar menyerlah pada peringkat global dan ini adalah masa yang sesuai untuk peruncit memanfaatkan peluang RM334 bilion dalam transformasi digital.
Lebih daripada pasaran lain yang ditinjau, pengguna Malaysia percaya membeli-belah dalam talian adalah untuk
kesenangan, namun kedai fizikal adalah berbelanja untuk keseronokan (76%).
Satu cara untuk memenuhi jangkaan mereka adalah melalui penggabungan alam dalam dan luar talian untuk mencipta pengalaman pelanggan baharu.
Malah, 87% pengguna lebih berkemungkinan membeli-belah dengan peruncit yang menggunakan teknologi untuk meningkatkan pengalaman pelanggan, 32% melebihi purata global.
Laporan itu juga mendedahkan ruang untuk pertumbuhan: 74% pengguna akan lebih setia kepada peruncit yang membolehkan mereka membeli barangan dalam talian dan mengembalikannya ke kedai, walaupun hanya 30% menawarkan perkhidmatan ini.
Walaupun Malaysia mendahului purata global dan Apac dalam menawarkan fungsi ini, namun terdapat ruang untuk penambahbaikan.
Sejajar dengan keutamaan rakyat Malaysia yang memilih pengalaman membeli-belah yang didigitalkan, mereka berada di atas purata dalam menginginkan interaksi yang lebih peribadi dan direka khas. 67% memilih peruncit yang mengingati keutamaan dan tingkah lalu membeli-belah terdahulu untuk mencipta pengalaman berbelanja yang lebih disesuaikan dan 66% menggemari iklan atau cadangan yang direka khas.
Ini adalah 20% dan 21% di atas purata global masing-masing.
Untungnya, perniagaan Malaysia adalah antara yang terbaik dalam menggunakan data untuk membuat keputusan dan menarik pelanggan.
Pada masa ini, 39% perniagaan menggunakan data pembayaran untuk membina gambaran yang lebih baik tentang pelanggan mereka, 12% melebihi purata global.
Apabila berbuat demikian, perniagaan mesti mengutamakan perlindungan data pelanggan dan menangani kebimbangan pengguna mengenai privasi.
Separuh daripada pengguna Malaysia hanya akan membenarkan data mereka disimpan dan digunakan oleh peruncit jika terdapat jaminan mengenai keselamatan dan privasi, manakala hampir separuh daripada mereka (45%) percaya peruncit tidak sepatutnya dibenarkan untuk menggunakan maklumat data/ tingkah laku pembelian mereka melainkan jika mereka memberi kebenaran.
Dengan lebih banyak perniagaan yang mula menerima pendigitalan dan keutamaan pengguna Malaysia terhadap teknologi bagi merasai pengalaman berada dalam kedai, perniagaan pada tahun 2022 adalah optimis tentang masa depan.
Daya tahan yang mengagumkan dan kebolehsuaian industri peruncitan Malaysia mungkin akan menjadi tema utama walaupun selepas pandemik. – MalaysiaGazette