supply drugs detainees Four policemen are remanded for seven days to assist in investigation of instigating and receiving bribery up to RM12,000 as their reward for supplying illegal substance to the detainees in lockup.
Four policemen are remanded for seven days to assist in investigation of instigating and receiving bribery up to RM12,000 as their reward for supplying illegal substance to the detainees in lockup. Empat anggota polis direman tujuh hari di Mahkamah Majistret di sini hari ini bagi membantu siasatan kes dakwaan meminta dan menerima rasuah keseluruhan berjumlah RM12,000 sebagai upah membekalkan barang terlarang kepada tahanan lokap tiga tahun lalu.

MELAKA – Empat anggota polis direman tujuh hari di Mahkamah Majistret di sini hari ini bagi membantu siasatan kes dakwaan meminta dan menerima rasuah keseluruhan berjumlah RM12,000 sebagai upah membekalkan barang terlarang kepada tahanan lokap tiga tahun lalu.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret Mazana Sinin bermula hari ini sehingga 28 Jun ini selepas permohonan dibuat Pengawai Penyiasat Kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Abdullah Fahmi Mohd@Salleh.

Keempat-empat suspek berpangkat koperal dan lans koperal berusia antara 35 hingga 40 tahun itu ditahan ketika hadir di pejabat SPRM Melaka petang semalam bagi membantu siasatan.

Terdahulu, kesemua suspek tiba di pekarangan mahkamah pukul 9.30 pagi diiringi pegawai SPRM menaiki dua kenderaan dan memakai baju lokap berwarna jingga.

Difahamkan, keempat-empat mereka didakwa menerima suapan daripada pihak luar bagi tujuan membawa masuk barangan terlarang iaitu rokok, dadah, makanan dan tembakau untuk kegunaan tahanan lokap.

Bayaran itu didakwa diterima daripada orang suruhan tahanan lokap yang dibuat melalui 20 transaksi secara tunai atau pindahan dalam talian di sebuah balai polis di daerah Alor Gajah antara 2019 hingga 2020.

Setiap seorang mereka dikatakan menerima upah antara RM600 hingga RM9,000 sepanjang kesalahan dibuat.

Sementara itu, Pengarah SPRM Melaka, Mohd Shahril Che Saad ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 16 (a)(B) Akta SPRM 2009. – MalaysiaGazette