Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan sebanyak RM7 bilion kontrak bagi kerja-kerja sivil melibatkan syarikat tempatan telah ditandatangani sehingga April lalu.
Katanya, projek ECRL yang menyaksikan penglibatan 1,500 syarikat tempatan menawarkan kontrak kerja sivil keseluruhannya bernilai RM10 bilion.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Pengorekan Terowong Genting ECRL Pahang di Tapak Pembinaan Terowong Genting ECRL di Jalan Lama Kuala Lumpur- Bentong.