LONDON – Arsenal dilaporkan semakin hampir untuk mendapatkan khidmat penyerang Manchester City, Gabriel Jesus selepas pemain itu bersetuju dengan terma peribadi yang ditawarkan.
Jesus akan menandatangani kontrak selama lima tahun bersama pasukan berkenaan.
Dia pernah bekerja bersama-sama pengurus, Mikel Arteta ketika pengendali The Gunners itu menjadi pembantu pengurus di Etihad dilapor
Arsenal sebelum ini kehilangan Alexander Lacazette yang kembali ke pasukan lamanya, Lyon dan Pierre-Emerick Aubameyang yang menyertai Barcelona pada Januari lalu.
Jesus menjadi pemain sasaran Arteta sejak sekian lama dan pengurus dari Sepanyol itu berharap kehadiran pemain antarabangsa Brazil itu mampu memberikan impak yang baik terutama di bahagian serangan pasukannya.