KUALA LUMPUR – Harga runcit petrol RON97, RON95 dan diesel masing-masing kekal pada paras RM4.84 seliter, RM2.05 seliter dan RM2.15 seliter bagi bagi tempoh 30 Jun 2022 hingga 6 Julai 2022.

Kementerian Kewangan berkata, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 dan diesel bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan.

”Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya. – MalaysiaGazette