KUALA LUMPUR – Selepas KL City FC, Kedah Darul Aman (KDA) FC turut mara ke separuh akhir Zon ASEAN Piala AFC selepas membelasah Visakha FC 5-1 di Stadium Kapten I Wayan Dipta di Bali, malam ini.
Kemenangan besar ke atas wakil dari Kemboja itu membolehkan skuad ‘Kenari’ mengungguli Kumpulan G dengan mengetepikan Visakha FC menerusi perbezaan jaringan.
Pada aksi terbabit, Visakha terlebih dahulu mengejutkan Kedah menerusi tandukan Mohammed Faez Khan pada minit ke-20.
Bersambung babak kedua, pesta gol Kedah bermula apabila Mardi berjaya menyempurnakan hantaran Fayadh Zulkilfi sekali gus melengkapkan hatriknya pada minit ke-54.
Fayadh pula menambah gol keempat KDA FC pada minit ke-66 dan ‘kenduri gol’ diteruskan dengan jaringan kelima oleh Ronald Ngah Wanja pada minit ke-76.
Terdahulu, kemenangan 2-1 yang dilakar KL City FC ke atas Tampines Rovers menyaksikan mereka turut mara ke pusingan seterusnya sebagai naib juara terbaik. – MalaysiaGazette