Seorang warga emas maut selepas dipercayai ditikam di leher oleh anak kandungnya di Kampung Paya Luboh, Tangga Batu kira-kira pukul 3 petang tadi.

MELAKA – Seorang warga emas maut selepas dipercayai ditikam di leher oleh anak kandungnya di Kampung Paya Luboh, Tangga Batu kira-kira pukul 3 petang tadi.

Mangsa berusia 60-an dikatakan tinggal di rumah berkenaan bersama seorang anak lelakinya yang juga suspek utama berusia 40-an selepas kematian suami pada bulan lalu.

Ketika ini, pasukan forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang berada dilokasi untuk siasatan punca kejadian.

Menurut saksi yang juga jiran mangsa, kejadian disedari selepas adik perempuan lelaki terbabit berlari keluar rumah meminta pertolongan dalam keadaan berlumuran darah. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast