TOKYO – Bekas Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe rebah selepas ditembak di sebuah acara di bandar Nara.
Abe ditembak dua kali ketika dia sedang berucap, menyebabkan dia jatuh ke tanah.
Penyerangnya telah ditangkap.
Bekas Gabenor Tokyo, Yoichi Masuzoe menerusi ciapannya berkata, Abe yang berusia 67 tahun berada dalam keadaan terhenti jantungnya sejurus selepas kejadian itu.
Agensi Pengurusan Bomba dan Bencana mengesahkan Abe mempunyai kesan tembakan di sebelah kanan leherny dan juga mengalami pendarahan subkutaneus di bawah bahagian kiri dadanya.
Tidak jelas sama ada kedua-dua tembakan mengenainya atau jika peluru mengenai lehernya dan tertembus ke tempat lain.
“Abe ditembak sekitar 11.30 waktu tempatan (02:30 GMT) di Nara
”Seorang lelaki, dipercayai penembak, telah ditahan. Keadaan bekas perdana menteri Abe kini tidak diketahui,” ketua Setiausaha Kabinet Hirokazu Matsuno kepada pemberita.
“Walau apa pun alasannya, tindakan biadab seperti itu tidak boleh dibiarkan, dan kami mengutuk sekeras-kerasnya,” katanya.
Video yang tersebar di media sosial, yang tidak dapat disahkan, kelihatan menunjukkan paramedik berkerumun di sekitar Abe di tengah jalan.
Abe sedang memberi ucapan untuk calon di Nara apabila serangan itu berlaku.
Saksi berkata, mereka melihat seorang lelaki membawa ‘pistol besar’ dan melepaskan tembakan dari belakang.
Abe jatuh ke tanah dengan pendarahan.
Anggota keselamatan menahan penyerang yang tidak cuba melarikan diri.
Sementara itu, NHK berkata Abe “sedar dan responsif” semasa diangkut selepas tembakan, memetik sumber polis.
Penyiar itu juga menambah, polis telah merampas pistol penyerang dan mengenal pasti identitinya sebagai Tetsuya Yamagami.
Suspek didakwa menggunakan pistol buatan tangan.
Dia dipercayai berusia 40-an dan merupakan penduduk Nara. – BBC