Mohamad Hasan

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Mohamad Hasan menyifatkan dakwaan laporan wawancaranya bersama Asia Times yang diambil di luar konteks hanya memberi gambaran negatif kepadanya dan Datuk Seri Najib Razak, sekali gus dijadikan bahan propaganda musuh politik UMNO.

Tegas Timbalan Presiden UMNO itu, sepatutnya wawancaranya itu mesti dilihat dalam konteks keseluruhan atau ‘in totality’ dan bukan secara ‘piecemeal’ dan terpisah-pisah sehingga ia memberi gambaran yang tidak tepat.

“Konteks keseluruhan temubual tersebut ialah penegasan saya bahawa setiap orang yang dituduh berhak menerima penghakiman yang adil tanpa sebarang konflik kepentingan dan pengampunan di bawah undang-undang Malaysia hanya akan diberi selepas seorang tertuduh telah mula menjalankan hukuman,” jelasnya.

Mohamad mengulas mengenai laporan Asia Times yang mendakwa beliau membuat kenyataan bahawa Najib perlu masuk penjara.

Mohamad dilaporkan berkata, Najib perlu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan bekas perdana menteri itu juga perlu menjalani hukuman sekiranya gagal rayuan terakhir beliau di Mahkamah Persekutuan.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata, dengan penjelasan ini beliau tidak lagi berhasrat untuk mengulas perkara tersebut lagi.

Ini kerana, keseluruhan fokus saya ialah menyediakan parti untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15, katanya.  – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast