KUALA LUMPUR – Tan Sri Abdul Haji Awang mengesahkan tidak ada perjanjian antara Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Perikatan NAsioanl untuk pelantikan jawatan Timbalan Perdana Menteri.
Bagaimanapun, Presiden Pas mengakui terdapat perbincangan mengenai perkara tersebut.
“Kita masih lagi berpegang bahawa kerajaan tidak ada jawatan Timbalan Perdana Menteri.
”Perbincangan ada tetapi tidak ada keputusan,” katanya kepada media yang dikongsikan di laman Facebooknya.
Lagipun, katanya, kerajaan sekarang masih sibuk dengan urusan-urusan rakyat.
Beliau yang ditanya sekali lagi berhubung isu pelantikan TPM seperti yang didesak oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia berkata: “Tidak ada janji…tidak ada janji”.
Abdul Hadi yang diasak sama ada kemungkinan Pas tidak mengetahui tentang pelantikan TPM sekali lagi berkata, perkara itu ada dibincangkan namun tiada keputusan dibuat.
Tegasnya, pendirian Pas adalah kerajaan sekarang tidak perlu ada TPM, sebaliknya terus menumpukan isu-isu rakyat.
“Pilihan raya pun dah dekat dah, jalankan tugas masing-masing sahaja” ujar beliau. – MalaysiaGazette
Video Berkaitan
Nah setepek kat muka..Muhyidin sama dgn Mahathir..mmg kaki penipu besar!