Enam kali dibuang kerja kerana keadaan cahaya matanya yang sering dimasukkan ke hospital akibat masalah paru-paru, jantung berlubang dan pendarahan di otak, ada kalanya Nur Zaitul Amira Hamin,30 putus asa dengan kehidupannya dan keluarga.
Katanya, setiap kali jatuh sakit, anak perempuannya, Nur Awfiyah Batrisya yang baru berusia setahun enam bulan akan terlantar di hospital lebih kurang dua minggu hingga ke sebulan lamanya.
Nur Zaitul akui, situasi itu akan menyukarkannya memberi komitmen sepenuhnya kepada pekerjaan.