Penyertaan orang muda dalam ibadah korban di Taman Kencana baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Penglibatan golongan muda dalam aktiviti korban sempena Hari Raya Aidiladha memang diperlukan.

Tenaga muda dan kudrat mereka menumbangkan, memegang tali dan proses menyiang menjadikan proses ibadah menjadi lancar.

Bagi penduduk Taman Kencana di sini penglibatan orang muda cukup membantu proses ibadah korban melibatkan empat ekor lembu dan dua ekor kambing pada hari raya pertama lalu.

Malah dalam kalangan mereka juga menjadi imam solat sunat Hari Raya Aidiladha.

Imam muda, Hanan membaca khutbah Hari raya Aidiladha di Surau Nur Iman, Taman Kencana baru-baru ini.

Pengerusi Surau Nur Iman, Suhaimi Arshad berkata, penglibatan mereka juga penting kerana belia merupakan pelapis pada masa depan.

“Kalau tanpa sepakat anak-anak muda ini mungkin proses ibadah korban tak selancar ini. Saya harap budaya seperti ini dapat diteruskan selepas kami tiada lagi.

“Penduduk Taman Kencana tak seramai mana dan dengan ada bantuan mereka ia lebih meriah. Lebih-lebih lagi acara korban dua tahun tak dapat diadakan kerana pandemik,” katanya.

Sebahagian ahli kariah menyoang lembu korban di Taman Kencana baru-baru ini.

Selain melapah, golongan muda juga terlibat dalam penyediaan makanan seperti membuat sup dan membakar daging untuk menjamu ahli-ahli kariah.

Ahli kariah membakar daging di Taman Kencana.

Kehadiran Ahli Dewan Undangan Negeri Pandan Indah, Ir. Izham Hashim juga memeriahkan suasana majlis korban di Taman Kencana.

ADUN Pandan Indah, Ir. Izham Hashim (tengah) bersama pimpinan Surau Nur Iman.

Izham juga turut bersama-sama menunaikan solat Asar, bertakbir dan menjamu sup lembu dan beramah mesra dengan ahli-ahli kariah.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast