revocation Emergency Ordinance legal firms Minister at Prime Minister's Deparment, Datuk Takiyuddin Hassan. PIX: HAZROL ZAINAL / MalaysiaGazette / 25 FEBRUARY 2020. Parliament sitting emergency period legal firms lawyers essential services total lockdown FMCO The special National Security Council (MKN) meeting yesterday has allowed lawyers who need to represent their clients to face new charges, remand arrests and various criminal application to go to the court
Takiyuddin Hassan

PUTRAJAYA – Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan perlu menjelaskan perbezaan di antara perjanjian dengan Memorandum Perjanjian (MoA) berhubung jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM).

“Tanya dia, apa maksudnya perjanjian atau MoA,” katanya Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Datuk Seri Hamzah Zainudin tanpa enggan mengulas lanjut.

Hamzah membuat kenyataan itu ketika ditanya mengenai kenyataan baharu Setiausaha Agung Pas itu.

Semalam, Takiyuddin mengaku membuat draf perjanjian jawatan TPM.

Katanya,  walaupun perjanjian di antara Muhyiddin dan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob itu secara terperinci ada menyebut mengenai jawatan TPM, namun ia tidak mensyaratkan perlantikannya adalah dimestikan.

Ini kerana, klausa mengenai TPM tidak termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

Takiyuddin berkata, beliau membuat dalam draf perjanjian itu atas kedudukannya sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang) pada waktu itu.

Namun, katanya, perkara berkaitan lantikan Timbalan Perdana Menteri bukan satu perjanjian sebaliknya dipanggil sebagai Memorandum Perjanjian (MoA) dan bukannya Memorandum Persefahaman (MoU).

Sebelum ini, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, perjanjian lantikan TPM tidak wujud. 

Walaubagaimanapun, Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta Abdul Hadi merujuk kepada Takiyuddin yang didakwanya sebagai pembuat draf perjanjian lantikan jawatan tersebut. – MalaysiaGazette