KUALA LUMPUR – Rakyat tidak lupa dengan Manifesto Pakatan Harapan (PH) untuk melupuskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Pengarah Komunikasi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah berkata, perkara itu tidak boleh diputar-belitkan oleh Datuk Wan Saiful Wan Jan.
Malah, dakwanya, sewaktu kerajaan ditadbir oleh BN, Wan Saiful yang sering mempolitikkan PTPTN.
“Waktu saya jadi Pengerusi PTPTN 2013-2018 banyak isu (PTPTN) dia dan Rafizi politikkan. Kemudian tuduh orang lain pula politikkan PTPTN.
“Haiyaa..orang tak lupa la…,” katanya.
Semalam, Wan Saiful mendakwa PTPTN pernah diheret untuk dijadikan sebagai isu politik sejak beliau mula memegang tampuk pentadbiran perbadanan tersebut sejak 2018.
Katanya, dia sentiasa mengelak untuk menjawab provokasi murahan yang sering dibuat oleh pemimpin UMNO seperti Shamsul Anuar dan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dasuki.
“Saya tegas dengan pandangan bahawa PTPTN rosak sehingga menjadi bom jangka kepada kewangan negara kerana ada ahli politik tidak bertanggungjawab yang mempergunakan PTPTN untuk faedah politik jangka pendek,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya. – MalaysiaGazette
https://malaysiagazette.com/2022/07/15/ada-orang-cuba-jadikan-ptptn-sebagai-isu-politik-wan-saiful/