SEBAGAI seorang pengundi, saya memang tidak nampak apa-apa faedah langsung kepada kita atau negara keseluruhannya mempunyai Timbalan Perdana Menteri (TPM) ketika ini.
Jika hanya ahli politik kita turun padang, mereka akan faham bahawa sebilangan besar rakyat sangat menderita dan masih terkial-kial dengan kesan Covid-19.
Kita sedang membangkit apabila kita sekali lagi dilanda gelombang Covid-19, sementara ekonomi kita masih bergelut.
Sebenarnya, perkara terakhir dalam fikiran kami ialah pelantikan TPM. Melainkan TPM baharu mempunyai beberapa jenis kuasa luar biasa, kami, pengundi tidak melihat apa-apa faedah atau keperluan untuk pelantikan itu.
Bagi rakyat biasa, pergelutan untuk menjadi TPM tidak lain hanyalah agenda peribadi untuk Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, dan serupa dengan kluster mahkamah – usaha untuk menutup dosa mereka di masa lalu.
Saya fikir tidak ada mana-mana pengundi pun yang mahukan Azmin sebagai TPM kita.
Pada masa genting seperti ini apa yang kita mahu ialah menteri dan ahli politik yang boleh membantu negara dan rakyat membangkit semula setelah dilanda pandemik Covid-19.
Kami tidak mahu ahli politik lain berkuasa hanya untuk kepentingan peribadinya dan melepaskan dirinya daripada apa sahaja yang dia lakukan pada masa lalu.
Bagi kami, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjalankan tugas dengan baik dan usaha beliau dihalang oleh pengacau yang tidak sepatutnya berada di situ sejak awal lagi.
Para pengacau ini semata-mata menggoyang perahu atas sebab-sebab yang jelas dan kami, pengundi benar-benar kecewa dengan perkara ini kerana kami mahu Ismail Sabri meneruskan kerjanya dan membantu negara kembali berdiri (back on its feet).
Bersatu pastinya tidak mempunyai kedudukan untuk meminta jawatan TPM. Kita sebagai pengundi hairan apa yang Bersatu telah lakukan untuk negara sebenarnya untuk menuntut jawatan ini.
Apakah sumbangannya kepada negara?
Bolehkah sesiapa menamakan satu perkara yang telah disumbangkan oleh Azmin kepada negara?
Semakin ramai ahli politik meninggalkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), manakala menteri seperti Datuk Zuraida Kamaruddin pun juga telah berpindah.
Yang menyedihkan lagi ialah apabila seorang menteri sebenarnya bekerja, yang lain pula tidak begitu suka dan mahu menjatuhkan Menteri itu.
Contoh yang baik ialah Zuraida. Mengapa Bersatu begitu berminat untuk mengambil alih jawatan menterinya? Mereka harus melihat gambaran yang lebih besar dan apa yang sebenarnya telah dia capai dalam kerjayanya.
Jika Zuraida berjaya meningkatkan eksport komoditi negara kita, membuka pasaran baru dan menjalankan tugasnya dengan berkesan, maka tiada sebab untuk beliau berundur.
Sebaliknya, Bersatu harus melihat ke halaman belakang mereka sendiri dan menyingkirkan beberapa kayu mati (deadwood) di sana.
PRU akan datang pastinya akan menjadi sangat menarik dan sudah tiba masanya pengundi berkumpul dan menolak sama sekali semua ahli politik yang tidak berprestasi dan mereka yang mempunyai kes mahkamah dan bagasi negatif yang lain.
Malaysia adalah sebuah negara yang hebat dan sudah tiba masanya kita mempunyai kerajaan yang bersih dan adil untuk masa depan anak-anak kita.
Shaid Umar Syed Alwi
Bukit Gelugor
Pulau Pinang