Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hadir ke mahkamah bagi perbicaraan kes yang dihadapinya iaitu empat pertuduhan berkaitan pecah amanah dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) berjumlah RM1 juta dan pengubahan wang haram di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.Foto AMIRUL SHAUFIQ, 21 JULAI 2022.

KUALA LUMPUR – Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Azhar Abdul Hamid memberitahu organisasi media bebas melaporkan kes perbicaraan rasuah dan penggubahan wang haram Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tanpa prejudis.

Belaiu berkata, kebebasan bersuara adalah hak asasi yang termaktub dalam Perlembagaan dan memberitahu mahkamah tidak mempunyai kuasa untuk menghalang orang ramai daripada mengulas mengenai kes itu.

Tetapi beliau menegaskan, komen yang dibuat orang ramai tidak boleh keterlaluan dan mempunyai had tertentu.

“Setakat komen kes ini, kita tidak boleh menghalang orang ramai daripada membuat ulasan.

“Saya fikir ia termaktub di bawah Perlembagaan tetapi mungkin ia satu peringatan yang baik bahawa komen mesti berada dalam had yang dibenarkan. Janganlah kita berlebihan dalam perkara ini,” katanya pada perbicaraan di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Sebelum itu, pihak pendakwaan mempertikaikan bagaimana transkrip satu rakamanan audio yang belum dijadikan keterangan boleh dibocorkan kepada media semalam.

Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin berkata, transkrip rakaman audio antara Syed Saddiq dengan Pegawai Penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohd Ihsan Sapuan dilaporkan oleh Astro Awani dan Sinar Harian di mana ciapan laporan itu dibuat di Twitter individu bernama Farhan.

Beliau berkata, mahkamah perlu memanggil editor dua organisasi media itu untuk meminta penjelasan bagaimana mereka mendapat transkrip berkenaan sedangkan wartawan mereka tidak berada di mahkamah membuat liputan sama ada di mahkamah terbuka atau bilik videolink.

“Mahkamah perlu panggil editor Awani dan Sinar Harian untuk meminta penjelasan mereka di mana dari mana mendapat tanskrip itu walaupun saya tahu orang itu (yang bocorkan) ada di mahkamah.

“Ini kerja budak mentah di mana nasi belum empuk. Dia yang buat rumusan, finding dan dia juga jadi hakim dalam kes ini,” katanya.

Beliau berkata demikian susulan laporan polis dibuat oleh Mohd. Ihsan semalam sejurus laporan media itu disiarkan.

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hadir ke mahkamah bagi perbicaraan kes yang dihadapinya iaitu empat pertuduhan berkaitan pecah amanah dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) berjumlah RM1 juta dan pengubahan wang haram di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.Foto AMIRUL SHAUFIQ, 21 JULAI 2022.

Namun peguam Syed Saddiq, Gobind Singh tidak bersetuju dengan tindakan itu kerana menyifatkan perbicaraan semalam dijalankan secara terbuka yang dihadiri orang awam dan liputan turut dibuat pihak media sama ada secara terbuka atau di bilik video link.

“Ia bukan dibocorkan sebaliknya memang dibaca dalam  mahkamah dan di bilik video link pun ada pemberita yang hadir.

“Bukannya transkrip rakaman itu tidak dibacakan langsung atau ada arahan tidak boleh dilaporkan. Pihak media tidak boleh dipersalahkan.

“Ini satu pertuduhan yang serius kerana bagaimana dibocorkan sebab perbicaraan dijalankan di mahkamah secara terbuka dan perbicaraan boleh dilakukan,” jelasnya.

Seorang lagi peguam Syed Saddiq, Datuk S. Ambiga pula berpendapat, media dan orang awam yang hadir tidak boleh dibuli hanya kerana menyiarkan laporan transkrip berkenaan.

Wan Shaharuddin bagaimanapun dalam hujah balasnya menjelaskan Gobind tidak faham dengan isu yang sedang dihadapi kerana laporan kes perbicaraan oleh media tidak mempunyai masalah.

Jelas beliau, apa yang dibangkitnya adalah transkrip asal yang dibocorkan sebelum dijadikan keterangan dan bahan bukti di mahkamah.

Ujarnya, transkrip rakaman itu hanya diubah sedikit dengan memasukkan ruangan petak.

“Rakan-rakan saya tidak faham tweet Farhan dan laporan Astro Awani dan Sinar Harian  belum dibuktikan di mahkamah. Saya bukannya hendak buktikan apa-apa atau buli media,” katanya.

Ketika membuat keputusan, Azhar  tidak bersetuju dengan pandangan Wan Shaharuddin mengenai media.

“Setahu saya media mempunyai hak untuk menulis apa yang ada di mahkamah terbuka. Jadi, saya rasa tiada apa yang perlu diperkatakan tentang itu. Tetapi setakat komen Farhan, saya tidak tahu sama ada mahkamah boleh menghalang orang ramai daripada membuat komen.

“Jadi saya memerlukan sedikit masa untuk memikirkan perkara ini,” katanya sebelum mahkamah berehat pada tengah hari tadi.

Semalam, Astro Awani melaporkan pasukan pembelaan Syed terus mempersoal tindakan SPRM yang didakwa cuba memujuk Ahli Parlimen Muar itu untuk menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Gobind yang mewakili Syed Saddiq membacakan transkrip yang didakwa perbualan antara Pegawai Penyiasat SPRM, Mohd Ihsan Sapuan dan anak guamnya.

Ketika menyoal saksi pendakwaan, Mohd Syahmeizy Sulong yang merupakan Pegawai Penyiasat SPRM, Gobind membaca petikan di mana Mohd Ihsan didakwa cuba mempengaruhi Syed Saddiq untuk menyokong Muhyiddin untuk terus menjadi Perdana Menteri.

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hadir ke mahkamah bagi perbicaraan kes yang dihadapinya iaitu empat pertuduhan berkaitan pecah amanah dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) berjumlah RM1 juta dan pengubahan wang haram di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.Foto AMIRUL SHAUFIQ, 21 JULAI 2022.

Transkrip dibaca oleh Gobind:

Mohd Ihsan: YB saja jelah tanya, YB ada ini ke dengan mana-mana pihak atasan itu … ada macam apa permintaan diorang YB tak tunaikan ke apa?

Syed Saddiq: Memanglah. Kalau suruh tandatangan SD (surat akuan bersumpah), saya tak akan buat. Saya bukan macai politik.

Mohd Ihsan: Mesti, mesti follow, follow Tan Sri Muhyiddin la?

Syed Saddiq: Ihsan, that’s wrong Ihsan. Ihsan pun tahu benda itu tapi Ihsan dah setahun setengah saya disuruh, Ihsan.

Mohd Ihsan: Tan Sri ini dia sayang lagi YB sebenarnya. Dia sayang YB. Siapa yang bawa YB masuk dalam?

Pesuruhjaya Kehakiman Azhar kemudian membenarkan rakaman audio antara SPRM dan Syed Saddiq diperdengarkan di dalam mahkamah pukul 2.30 petang.

Sementara itu, laporan oleh Sinar Harian mengenai perkara yang sama sudah ditarik balik. – MalaysiaGazette