Barisan kabinet menteri kini berada di Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur bagi menghadiri mesyuarat tertutup mengenai kegagalan Kesultanan Sulu yang diletakkan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972.
Barisan menteri mula tiba lebih kurang pada jam 8:10 malam termasuk Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Saifuddin Abdullah, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Muhammad, Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.