Senior Minister of Education Datuk Dr. Radzi Jidin speaks to the media after visiting SMK Presint 18 (1), Putrajaya in conjunction with the announcement of Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 result. PIX: MUHD NA'IM / MalaysiaGazette / 16 JUNE 2022
Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin

KUALA LUMPUR – Tanggapan kehadiran Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) di sekolah sebagai ‘mencari salah’ perlu diubah.

Sebaliknya Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin menegaskan PPD perlu menjadi pemudah cara antara sekolah dengan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan kementerian bagi mengenal pasti masalah dan keperluan.

“Pegawai PPD perlu sentiasa hadir di sekolah bagi mengenal pasti masalah, keperluan serta mencari penyelesaian segera kepada perkara tersebut. PPD perlu menjadi pemudahcara antara pihak sekolah dengan JPN dan juga KPM sekiranya perkara tersebut tidak boleh diselesaikan di peringkat PPD.

“Sebagai institusi yang paling dekat dengan sekolah, PPD perlu menjadi rakan yang sentiasa berusaha membantu,” katanya menerusi hantaran yang dimuat naik di Facebook.

Menurut Radzi, PPD sepatutnya menjad ejen  bertanggungjawab menyebarluas dan menjelaskan dasar, perancangan serta hala tuju pendidikan negara yang digariskan kementerian kepada guru, sekolah dan ibu bapa.

Terdahulu, Radzi mengadakan pertemuan dengan 146 PPD yang menyertai siri kedua Konvensyen PPD di Institut Aminuddin Baki, Bandar Enstek, Negeri Sembilan semalam.

Semua PDD yang ditemuinya terdiri daripada pegawai PPD dari Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu, Kuala Lumpur, Sabah dan Labuan.

Jelas beliau, pertemuan berkenaan merupakan susulan konvensyen pertama minggu lalu yang melibatkan seramai 142 pegawai PPD dari Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Putrajaya, Pahang dan Sarawak.

Mengulas lanjut, Radzi berkata, pertemuan tersebut membincangkan isu mengenai dasar, hala tuju, perancangan serta langkah-langkah yang akan dan telah diambil KPM dalam mentransformasi pendidikan.

Tambah beliau, peranan yang harus dimainkan pegawai PPD juga dibincangkan.

Sehubungan itu, Radzi berharap keyakinan dan kepercayaan di antara PDD dengan sekolah dan guru akan dapat ditingkatkan.

“Pentadbir sekolah dan guru akan membantu kelancaran pelaksanaan setiap dasar, perancangan serta transformasi pendidikan yang digariskan kementerian,” katanya lagi.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Tanggapan PPD ‘cari salah’ sekolah perlu diubah ….begitu juga dengan perangai MACAM BAGUS…para JPN PENGETUA/GB serta pentadbir lain…EGO dengan jawatan dan kuasa..TIDAK TERIMA PANDANGAN ORANG LAIN…UGUT dengan arahan TUKAR serta merta dan sekat kenaikan pangkat prestasi tindakan tatatertib malahan wujudkan klik-klik dalamnya

Comments are closed.