Ahmad Marzuk Shaary unboxing wife TikTok Social Media trend
Ahmad Marzuk Shaary

KOTA BHARU – Kerajaan tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu, kumpulan atau pihak yang sengaja melaksana dan melakukan provokasi dalam sudut penghinaan kepada agama, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ahmad Marzuk Shaary.

Beliau berkata, kerajaan tidak akan melepaskan mereka malah pihak yang melakukan provokasi akan dikesan dan ditahan kerana menjejaskan keharmonian apatah lagi Islam adalah agama rasmi di negara ini.

“Kerajaan tidak akan melepaskan mereka ini dalam apa sahaja ruang tindakan undang-undang sama ada melalui undang-undang syariah ataupun sivil.

“Sebarang usaha yang cuba mengganggu gugat Islam, mereka ini akan berhadapan dengan tindakan undang-undang di mahkamah,” katanya mengulas tindakan terhadap beberapa individu yang melakukan provokasi dalam persembahan termasuk di sebuah kelab komedi dan menghina Islam melalui hantaran di laman sosial baru-baru ini.

Terdahulu, Ahli Parlimen Pengkalan Chepa itu merasmikan Program Quran Hour dan Souq@YADIM anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia di Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Chepa di sini.

Ahmad Marzuk juga berkata, semua tindakan yang dikenakan oleh mahkamah terhadap mereka yang menghina Islam diharap menjadi pengajaran kepada pihak lain supaya jangan sesekali melakukan perbuatan serupa.

“Tiada pihak yang mendapat untung daripada perbuatan menghina agama melainkan hanya mencetuskan provokasi dan sengaja mencari publisiti murahan… Dari segi tindakan juga, saya rasa tiada keperluan untuk mengubah undang-undang kerana yang sedia ada sudah memadai,” katanya. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast