BACHOK – Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) memberi ingatan kepada rakyat Kelantan, jika masih memberi sokongan kepada Pas pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), lihat dan tanggunglah derita dihadapi anak cucu mereka nanti.
Presidennya, Datuk Paduka Dr. Ibrahim Ali berkata, ketika ini pun majoriti rakyat sudah menanggung derita akibat sokongan ibu bapa mereka kira-kira 32 tahun lalu.
“Rakyat Kelantan sudah hilang masa berharga selama 30 tahun. Apa yang diharapkan mereka akan hujan emas, rupanya ditimpa hujan batu.
“Kesudahannya, Kelantan dibelenggu kemiskinan yang berterusan dengan pengangguran berlanjutan dan perniagaan mereka ibarat kais pagi makan pagi.
“Rakyatnya pula dibebani dengan kenaikan pelbagai cukai, selain minum dan menggunakan sumber air yang boleh membawa penyakit, kemusnahan alam semula jadi serta segala budaya rakyat yang semakin lenyap,” katanya.
Beliau berkata demikian pada ceramah perdana Putra Bachok di Kampung Kubang Telaga, dekat sini, malam tadi.
Ibrahim berkata, Kelantan kini ibarat sudah menjadi negeri Mat Jenin iaitu indah khabar dari rupa dengan rakyatnya sentiasa tertipu menerusi slogan Islamik.
Menurutnya, Putra bersedia menggalas tanggungjawab bagi membetulkan keadaan yang bercelaru dan punah ranah akibat ketidakbijaksanaan kepimpinan Pas.
“Putra akan buktikan melalui kepimpinan buat seperti cakap. Tok Him cakap Tok Him buat. Putra Adi Jagat Negara mewarisi semangat nasionalisma Melayu Islam yang tulen, tegas, bermoral dan berintegriti.
“Tetapi, Kelantan yang dicanang Membangun Bersama Islam akhirnya memalukan agama sendiri dengan kepimpinan yang lain cakap lain buat dan layak digelar hipokrit serta munafik.
“Ada Ahli Parlimen Pas yang kahwin atas talian dan ada yang bercerai juga atas talian. Ianya menjadi bahan ketawa dan ejekan rakyat,” katanya.
Beliau berkata, kepimpinan Pas Kelantan juga dilihat mula bermewah mewah dan bermegah dengan kereta Mercedes-Benz dengan alasan Rasullulah SAW menunggang unta yang mahal harganya.
Dalam ceramah itu juga, Ibrahim menyentuh mengenai kepimpinan kerajaan pusat yang tidak stabil dan menimbulkan banyak masalah serta angkara dalam negara yang berpunca daripada kepimpinan tidak berintegriti.
Menurut beliau, hutang negara yang mencecah lebih RM1.4 trilion, kejatuhan nilai ringgit dan pelabur lari ke negara lain hanya disebabkan oleh ketirisan pengurusan kewangan negara, pemborosan, rasuah dan penyalahgunaan kuasa.
“Cakap apa pun, yang jelas Malaysia sudah menjadi negara gagal. Laporan media kononnya negara di atas landasan yang betul tidak lebih daripada retorik, apatah lagi PRU15 mesti diadakan bila tamatnya tempoh penggal PRU ke 14.
“Sebab itu sekarang pemimpin kerajaan rancak mengadakan jamuan Keluarga Malaysia dari negeri ke negeri yang dijadikan sebahagian daripada kempen persedian menghadapi PRU15 dengan mengunakan wang negara yang tidak sedikit.
“Bagi menjamin orang ramai datang, diumpannya hiburan dan cabutan nombor bertuah. Inilah siri mengalih perhatian rakyat kepada isu inflasi, kejatuhan nilai ringgit dan bermacam masalah. Berkokoklah selagi rakyat boleh ditipu,” katanya. – MalaysiaGazette
hutang negara yang mencecah lebih RM1.4 trilion, kejatuhan nilai ringgit dan pelabur lari ke negara lain hanya disebabkan oleh ketirisan pengurusan kewangan negara, pemborosan, rasuah dan penyalahgunaan kuasa…..tanya TOK KATAK ni….hutang ni datang dari KELANTAN atau kerajaan umnOGOK sebelum INI yang menyekat segala peruntukan persekutuan…tidak lupa ROYALTI MINYAK ditukar jadi wang EHSAN LOGO PETRONAS ditukar kononnya sinonim dgn LOGO PAS…TOK KATAK ni pernah bersama umNOGOK PEMUJA TUN MAHATIR…meludah ke langit akan jatuh muka sendiri.
TOK KATAK ni pernah menagih simpati PAS utk menang sebagai calon S46…LUPA atau buat LUPA
semasa ambilalih KELANTAN 1990 dengan hutang berjutaan ringgit yg dibuat umnONGOK ….PAS atas dasar jimat cermat potong gaji MB dan exco LANCAR TABUNG SERAMBI MEKAH dn pelbagai lagi HUTANG2 berjaya dilunaskan