DALLAS — Tali pinggang yang dimiliki Muhammad Ali diperoleh daripada gelaran heavyweight “Rumble in the Jungle” pada tahun 1974 telah dijual pada lelongan dengan harga AS$6.18 juta.
Pembida yang berjaya memiliki tali pinggang itu ialah Jim Irsay, pemilik Indianapolis Colts, menurut Heritage Auctions di Dallas.
Dalam tweet Ahad, Irsay mengesahkan dia memperoleh tali pinggang untuk koleksi muzik rock, sejarah Amerika dan memorabilia budaya pop yang sedang menjelajah negara itu.
Tali pinggang itu akan dipamerkan pada 2 Ogos di Jeti Tentera Laut Chicago dan pada 9 September di Indianapolis.
“Bangga!” kata Irsay.
“Selepas beberapa jam menonton dua pembida yang bergilir-gilir membida tali pinggang tersebut, ini terbukti ia sebagai pertarungan yang layak untuk Rumble itu sendiri,” kata Chris Ivy, Pengarah Lelongan Sukan Heritage, dalam satu kenyataan.
Pertarungan 1974 adalah salah satu kenangan tinju yang paling diingati.
Dalam pertandingan kalah mati itu, Ali berjaya menumbangkan George Foreman yang sebelum itu tidak pernah dikalahkan dalam ‘Rumble in the Jungle’ untuk merampas semula gelaran heavyweight di negara Afrika.
Ali memenangi pertarungan itu secara kalah mati pada pusingan kelapan. – AP