Menteri Sumber Manusia Menteri yang juga Ahli Parlimen Tapah, Datuk Seri M.Saravanan Murugan hadir pada Sidang Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 23 JULAI 2020.

KUALA LUMPUR – Kementerian Sumber Manusia (KSM) memberitahu Dewan Rakyat bahwa tiada syarikat-syarikat yang didapati gagal membayar gaji minimum RM1,500 sejak ia diwartakan pada 1 Mei lalu, kata menterinya, Datuk Seri M. Saravanan.


KUALA LUMPUR – Tiada syarikat yang didapati gagal membayar gaji minimum RM1,500 sejak ia diwartakan pada 1 Mei lalu.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan berkata, sehingga 30 Jun lalu, masih belum ada majikan yang didakwa kerana gagal mematuhi pelaksanaan gaji minimum itu.

“Ini kerana gaji minimum telah berkuatkuasa pada 1 Mei 2022 dan gaji bulan Mei hanya diterima pekerja pada awal Jun,” katanya menjawab pertanyaan lisan kelapan di Dewan Rakyat, hari ini.

Saravanan berkata demikian menjawab pertanyaan Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa (PH-Parit Buntar) yang ingin tahu berapa jumlah majikan yang didakwa tidak mematuhi Perintah Gaji Minimum 2022 yang berkuat kuasa mulai 1 Mei 2022.

Mengulas lanjut, Saravanan berkata, kementeriannya tidak dapat menyediakan statistik syarikat yang tidak mematuhi pelaksanaan tersebut kerana ia baru sahaja dilaksanakan.

Pelaksanaan gaji minimum RM1,500 sebulan tidak termaktub kepada syarikat-syarikat yang mempunyai pekerja kurang daripada lima orang, ujarnya. – MalaysiaGazette