Suspek, Chao TiaoYumol ditahan selepas melakukan serangan di Universiti Ateneo de Manila. Foto Abogado.com

MANILA – Tiga individu termasuk bekas Datuk Bandar, Rose Furigay terbunuh dalam satu kejadian tembakan di Universiti Ateneo de Manila.

Kejadian itu berlaku semasa majlis konvokesyen sedang berlangsung.

Furigay hadir di majlis itu bagi meraikan anaknya, yang turut cedera dalam kejadian tersebut.

Seorang lelaki bersenjata telah ditangkap.

Tembakan di sekolah dan universiti jarang berlaku di Filipina tetapi pembunuhan ahli politik adalah perkara biasa.

Tembakan itu berlaku semasa acara untuk pelajar undang-undang dan keluarga mereka.

Furigay ialah Datuk Bandar Lamitan, sebuah bandar di selatan Filipina yang bergolak.

Tetapi polis percaya suspek ada “sejarah panjang” dalam pertikaian dengan Furigay.

Pembantu Furigay dan salah seorang pengawal keselamatan universiti itu turut terbunuh semasa serangan tersebut

Polis berkata, anak perempuan Furigay berada dalam keadaan stabil di hospital.

Alexander Gesmundo, Ketua Hakim Filipina, sedang dalam perjalanan untuk berucap pada majlis itu beberapa saat sebelum tembakan berlaku.

Dalam satu kenyataan, Presiden Filipina Ferdinand Marcos Jr berkata, polis akan “menyiasat dengan teliti dan pantas berhubung pembunuhan ini dan akan membawa semua yang terlibat ke muka pengadilan”. – Agensi