ADUN Puteri Wangsa, Amira Aisya bercakap kepada media selepas memberi keterangan berikutan menyertai Himpunan Turun hadapan Sogo Kuala Lumpur di IPD Dang Wangi, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 26 JULAI 2022.

KUALA LUMPUR – Kerajaan perlu segera mewartakan Rang Undang-Undang (RUU) Antigangguan Seksual agar perbuatan yang disifatkan sebagai satu bentuk penghinaan atau pencabulan tidak dinomalisasikan dalam kalangan rakyat di negara ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Puteri Wangsa, Amira Aisya Abd Aziz berkata, perkara ini tidak boleh ditunggu terlalu lama kerana semakin ramai individu yang sudah menjadi mangsa termasuk dirinya yang menunggu keadilan.

“Saya ingin menegaskan sebarang komen berbentuk ‘sexsual harresment‘ tidak patut kita bertolak ansur dan kita tidak patut normalisasikan komen-komen seperti itu dan sekejap lagi saya akan buat laporan.

“RUU ini juga sudah dibentangkan dan diluluskan oleh Dewan Rakyat dan sekarang sedang menunggu tindakan selanjutnya tetapi saya harap proses itu dapat disegerakan kerana RUU Antigangguan Seksual ini bukan kita tunggu setahun dua.

“Sudah berpuluh tahun kita tunggu ia dibentangkan dan apabila diluluskan ia dapat digazetkan dengan segera. Tak perlu tunggu lama-lama sebab ramai mangsa ini sudah tunggu terlalu lama untuk mendapat keadilan,” katanya pada pemberita.

ADUN Puteri Wangsa, Amira Aisya bercakap kepada media selepas memberi keterangan berikutan menyertai Himpunan Turun hadapan Sogo Kuala Lumpur di IPD Dang Wangi, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 26 JULAI 2022.

Beliau berkata demikian kerana telah menjadi salah seorang mangsa ‘body shaming‘ di Twitter selepas video yang dimuat naiknya terlibat dalam demonstrasi #Turun di ibu negara baru-baru ini.

Susulan itu, Amira Aisya yang juga Timbalan Presiden Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) membuat laporan polis hari ini agar satu tindakan dapat diambil terhadap perbuatan yang disifatkan sebagai satu bentuk penghinaan atau pencabulan.

“Pada pandangan saya apa-apa sahaja bentuk ‘sexsual harresment‘ terhadap sesiapa sahaja tidak kira ditujukan kepada wanita atau lelaki, ianya sememang keterlaluan dan tindakan serius perlu diambil supaya orang kita tidak anggap benda ini biasa dalam kehidupan,” ujarnya.

Tegasnya, perbuatan dengan mengutuk, menghina dan mencaci bentuk tubuh seseorang adalah satu kesalahan jenayah.

Terdahulu, Amira Aisyah hadir memberi keterangan berhubung himpunan #Turun yang berlangsung di hadapan sebuah pusat beli-belah di Jalan Tuanku Abdul Rahman pada Sabtu lalu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, hari ini. – MalaysiaGazette.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast