KUALA LUMPUR – Beberapa kawasan di Lembah Klang dan negeri-negeri mengalami masalah bekalan elektrik terputus hari ini.
Gangguan bekalan elektrik besar-besaran itu dikatakan berlaku serentak kira-kira pukul 12 tengahari menimbulkan kegemparan ramai.
Antara kawasan yang dipercayai terjejas adalah Bangi, Serdang, Ampang, Shah Alam, Subang, pusat bandaraya Kuala Lumpur dan beberapa negeri seperti Kedah, Negeri Sembilan, Melaka dan Pahang.
Beberapa pusat beli belah di Lembah Klang juga mengalami masalah yang sama.
Sementara itu, Tenaga Nasional Berhad (TNB) memaklumkan pasukan teknikalnya sedang mengenal pasti punca gangguan bekalan eletrik.
“Usaha sedang giat dijalankan untuk memulihkan bekalan. Kami mohon maaf di atas segala kesulitan dialami oleh pengguna semasa gangguan bekalan ini,” katanya dalam satu kenyataan.- MalaysiaGazette