Cikgu Zack membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya. Foto Instagram Zack Kirana.

KUALA LUMPUR – Nama Cikgu Zack Kirana mencuri tumpuan netizen gara-gara dia menegur kesalahan penggunaan perkataan ‘denyut’ dalam lirik lagu Casablanca.

Namun gara-gara teguran, beliau  telah membuat laporan polis terhadap individu yang telah menghina dan mencercanya dengan kata-kata kesat di media sosial.

Menurut wanita ini, dia sudah hilang rasa sabar dengan individu yang menghina dirinya di media sosial.

Tambah Cikgu Zack, perbuatan individu tersebut juga telah menjatuhkan maruahnya sebagai seorang pendidik dan pendukung bahasa Melayu.

“Saya telah menyerahkan perkara ini kepada pihak polis untuk siasatan dan mengambil tindakan selanjutnya terhadap individu berkenaan.

“Saya tidak akan berdiam diri. Saya antibuli, lebih-lebih lagi buli siber. Malaysia ada undang-undang.

“Saya lawan!, tulisnya di Instagram miliknya.

Cikgu Zack membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, kelmarin.

Sebelum ini, beliau yang seorang guru menegur kesalahan perkataan yang digunakan oleh penulis lirik dalam lagu tersebut.

Menurut Cikgu Zack, untuk jantung perkataan yang seharusnya digunakan adalah ‘degup’ bukannya denyut.

Ujarnya, beliau mengaku bahawa penulisan kreatif ada sedikit kebebasan untuk melakukan ralat dalam tatabahasa. – MalaysiaGazette