KYIV – Sebuah kapal yang membawa bijirin Ukraine meninggalkan Pelabuhan Odesa pada hari Isnin.
Ia merupakan kapal pertama yang membwa eksport pertama hasil perjanjian untuk membuka sekatan Pelabuhan Laut Hitam, Ukraine, kata Menteri Infrastruktur Oleksandr Kubrakov.
“Kapal bijirin pertama sejak #RussianAggression telah meninggalkan pelabuhan. Terima kasih kepada sokongan semua negara rakan kongsi kami & @UN kami dapat melaksanakan sepenuhnya perjanjian yang ditandatangani di Istanbul,” tulisnya di Twitter.
Ukraine, Rusia, Turki dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bersetuju dalam perjanjian itu untuk mendapatkan eksport bijirin dari Pelabuhan Laut Hitam, Ukraine, yang disekat selepas Rusia menyerang negara itu pada 24 Februari lalu.
“Pembukaan pelabuhan ini akan menyediakan sekurang-kurangnya AS$1 bilion hasil pertukaran asing untuk ekonomi dan peluang bagi sektor pertanian untuk merancang musim menyemai tahun depan,” kata Kubrakov dalam satu kenyataan kementerian yang berasingan.
“Di Pelabuhan Odessa 16 lagi kapal sudah menunggu giliran. Ini adalah kapal yang telah disekat sejak awal pencerobohan berskala penuh Rusia.
“Hari ini Ukraine, bersama rakan kongsinya, membuat satu lagi langkah untuk mencegah kelaparan dunia,” katanya. – Reuters