Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun menepis dakwaan ahli-ahli Parlimen pembangkang bahawa beliau melindungi timbalannya, Datuk Rashid Hasnon.
Azhar Azizan membuat keputusan berhubung peraturan yang dibangkitkan Teo Nie Ching (PH-Kulai) mengenai keputusan Rashid yang menggantung Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) selama dua hari, minggu lalu.