Keadaan bot nelayan terbakar di perairan Kuala Endau Pahang malam semalam.

MERSING – 20 kru bot nelayan terselamat dalam kejadian kebakaran  bot di perairan Kuala Endau Pahang pukul 9.30 malam semalam.

Pengarah Zon Maritim Mersing, Komander Maritim Khairul Nizam Misran berkata, bot nelayan tempatan telah terbakar di kedudukan 13.7 batu nautika timur laut Kuala Endau, Pahang.

“Kesemua 20 mangsa lelaki warganegara Laos yang terselamat tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

20 kru bot nelayan terselamat dalam kejadian kebakaran bot diperairan Kuala Endau Pahang pukul 9.30 malam semalam.

Kesemua  nelayan terlibat telah dibawa ke Pos Maritim Teluk Gading untuk diserahkan kepada majikan mereka selain untuk tindakan selanjutnya.

Kesemua nelayan itu mempunyai permit pekerjaan yang sah.

Punca kebakaran dipercayai berpunca dari  bahagian enjin sebelum ia merebak ke semua bahagian bot. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast