Datuk Seri Dr Santhara Kumar Deputy Minister New Zealand holidays P. Prabakaran
Dr. Santhara Kumar

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Sayap Bersekutu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Dr Santhara Kumara tidak bersetuju seandainya ada rancangan parti tertentu yang mahu menarik sokongan terhadap kerajaan ketika ini.

Sebaliknya kata Timbalan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan itu berkata, apa yang jauh lebih penting pada masa ini ialah kestabilan politik untuk negara keluar daripada pasca pandemik.

“Paling penting sekali, Belanjawan 2023 kali ini mengutamakan golongan B40 dan M40 lulus di Parlimen.

“Pada masa sama perlu bersatu dalam mencari penyelesaian mengawal inflasi yang kini menekan rakyat di semua lapisan.

“Adalah lebih baik untuk kita mempersiapkan negara hadapi tekanan ekonomi yang kemungkinan besar merosot kerana isu makro dan antarabangsa adalah luar kawalan kita,” katanya dala hantaran di Facebook, hari ini.

Kata Santhara, menjadi tanggungjawab dan asas kepada pemimpin dan wakil rakyat agar lebih fokus kepada sara hidup rakyat.

Semalam, Perdana menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi bayangan kerajaan bersedia dengan apa sahaja kemungkinan termasuk membubarkan Parlimen sekiranya ada parti yang menarik sokongan terhadap kerajaan sedia ada. -MalaysiaGazette

Belum ada kenyataan rasmi parti tarik sokongan, jika ada kena PRU – PM

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast